UMRAH2.COM.MY (001972771-U)
                 UPAH HAJI 1MALAYSIA
( Umrah.com.my is under construction. Sorry for inconvinience )
PROFIL SYARIKAT
Print this pageAdd to Favorite
 
 
 
 
 
 
 
WAKTU MALAYSIA
 

 
 

 

 
 
UMRAH2U.COM.MY dimiliki dan diurus oleh AMAN AGEN UPAH HAJI (1MALAYSIA). Syarikat ini ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2005 dengan jalinan kerjasama Aman Agen Makkah Al-Hajj. Kami adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM (No Pendaftaran: 001972771-U) yang terlibat dalam pelbagai perkhidmatan perniagaan yang berkonsepkan perkhidmatan atas talian dan di luar talian.

Aman Agen Upah Haji (1Malaysia) diasaskan oleh Puan HAJAH NUR HAYATI BINTI MOHD YUSOF atau lebih dikenali dengan Hajah Nur selaku Pengurus Operasi Upah Haji di Malaysia termasuk Singapore yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut. Beliau juga merupakan salah seorang daripada mutawif wanita yang membawa jemaah umrah ke Makkah.

Aman Agen Upah Haji (1Malaysia) bertanggungjawab membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji untuk arwah ibu/bapa, saudara mara terdekat, orang tua yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Aman Agen Upah Haji (1Malaysia) bersedia untuk bertemu dengan anda jika anda tinggal di sekitar kawasan Rawang sekiranya perlu. Bagi anda yang tinggal di luar kawasan tersebut, jangan khuatir kerana anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk datang ke pejabat kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Objektif kami adalah memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan memenuhi kepuasan setiap pelanggan bersesuaian dengan pengharapan mereka yang inginkan kemudahan dan keselesaan semasa berurusan dengan kami.
 
Kami juga mempelawa kepada semua golongan yang berminat untuk menjadi agen upah haji kami bagi setiap negeri. Anda yang berminat boleh hubungi kami di alamat di bawah.
 

 

Dengan lafaz Bismillahirrahman nirrahim. Saya HAJAH NUR HAYATI MOHD YUSOF merangkap pemilik dan penulis web ini. Web ini terhasil lantaran minat  dan juga sebagai wadah perkongsian ilmu dan maklumat kepada yang memerlukan. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya dan bersama merancakkan lagi dunia internet yang tanpa sempadan.

Memilih usaha ini untuk dijadikan sebagai satu sumber rezeki adalah pilihan yang tepat dan sesuai buat saya. Ini kerana minat yang mendalam serta memberi kepuasan diri dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Kesediaan saya menjadi wakil upah haji kepada Aman Agen Makkah berdasarkan kepada nawaitu dan keikhlasan untuk menyebarkan bantuan khidmat kepada masyarakat Islam 1Malaysia.

Dengan berbekalkan tekad dan kesedaran untuk membantu masyarakat Islam, saya mengharapkan usaha yang segelumit ini dapat membuahkan sedikit rezeki yang manfaat, amal jariah yang berterusan serta penyebaran dakwah secara tidak langsung kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Sejak pakej upah haji Aman Agen diperkenalkan, pada awalnya sekadar meniti dari bibir ke bibir, dari setahun ke setahun ia mula menampakkan peningkatan. Ini adalah hasil dari keyakinan dan sokongan baik dari pemohon yang pertama kali dan yang telah berulangkali menggunakan perkhidmatan kami. Justru itu, sokongan ini telah memberi kekuatan dan azam yang tinggi kepada Aman Agen untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan memenuhi kehendak masyarakat yang ternyata semakin terbuka.
 
Dengan penuh rasa optimis Aman Agen beriltizam melaksanakan amanah ini dengan jujur dan sempurna dengan memilih orang-orang yang amanah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengerjakan haji & umrah.

Pada hari ini saya merasa amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah membantu usaha ini ketahap yang lebih membanggakan. Ianya bagaikan memberi satu kepuasan yang tidak terhingga dalam kerja-kerja duniawi yang ada nilai kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan membawa ibadah kepada Allah.

Semoga anda dapat berterusan menyokong usaha kerdil ini kearah yang lebih cemerlang dan saya yakin bahawasanya rezeki yang diperolehi daripada keredaan Allah dan kesyukuran daripada manusia adalah sebaik-baik sumber rezeki yang membawa keberkatan yang berpanjangan.

AMAN AGEN UPAH HAJI 1MALAYSIA (001972771-U). NO 15 JALAN DM 2/4 PUTERI HEIGHTS 48000 RAWANG SELANGOR.
TEL 03-6091 3430. FAX: 03-6091 3430. H/PHONE: 019-2828 062.